pacman, rainbows, and roller s


Doa anak sholeh pemberi cahaya dalam kubur
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing- masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda2 mendapat nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat tetangganya juga dalam keadaan yang sama.Lalu dia bertanya kepada mayat tetangganya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang mendapatkan nur adalah kerana petunjuk daripada anak2 dan teman2.Sebaliknya aku mempunyai anak- anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu,Abi Qalabah pun terjaga.Pada malam itu juga dia memanggil anak tetangganya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak2 tetangga itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu,Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat tetangganya.Bagaimanapun kali ini tetangganya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Subhanallah sebuah kisah yg indah yg bs qt petik hikmahnya,dn menjadi pelajaran yg berharga untk qt.



<<BACK