TATA CARA SHOLAT
1)Jika Engkau hendak berdiri untuk solat maka sempurnakanlah wudhu' kemudian menghadapkanlah ke kiblah lalu bertakbirlah.(Bukhari dan Muslim) 2 )Berdiri (Al-Baqarah 238),Diperbolehkan Solat duduk jika sakit atau kesulitan berdiri (Bukhari,Abu Daud,Ahmad) 3)Pahala orang yang duduk, separuh dari solat orang yang berdiri (Bukhari, Abu Daud, Ahmad) 4)Diperbolehkan juga solat sambil duduk di atas perahu (Al- Bazzar, Daruqutni) 5)Jika imam solat dengan duduk kerana sakit,maka makmum wajib solat dengan duduk walaupun mereka mampu berdiri (Bukhari dan Muslim) 6)Menghadap Sutrah-Janganlah kalian solat kecuali menghadap Sutrah (Ibn Khuzaimah dengan hadith semakna terdapat dalam Bukhari dan Muslim) Sutrah(Pembatas) boleh berupa tiang,dinding,belakang orang,beg,atau apa sahaja yang mempunyai tinggi (minimum) satu hasta (Al-Masjid fi Al-Islam hal. 78) 7)Niat-Sesungguhnya seluruh amal itu bergantung kepada niatnya (Bukhari dan Muslim)
GERAKAN SHOLAT
1)Takbir-Jika engkau ingin solat maka sempurnakanlah wudhu' kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbirlah (Bukhari dan Muslim) -Mengangkat tangan bersamaan ucapan takbir (Bukhari) -Mengangkat tangan setelah mengucapkan takbir (Bukhari) -Mengangkat tangan sebelum mengucapkan takbir (Bukhari) 2)Beliau mengangkat kedua tangannya dengan membuka jari-jarinya lurus ke atas (Abu Daud,Ibn Khuzaimah dll) 3)Beliau mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu (Bukhari) 4)Rasulullah meletakkan tangan kanannya pada lengan tangan kirinya (Bukhari) dan bersedekap di dada (Abu Daud, Ibn Khuzaimah) 5)Rasulullah meletakkan lengan kanan pada punggung telapak kirinya, pergelangan dan lengan kirinya (Abu Daud, An-Nasai) 6)Rasulullah terkadang menggenggamkan jari-jari tangan kanannya pada hasta kirinya (An-Nasai, Daruqutni)
KHUSU'
1)Sewaktu solat Rasulullah menundukkan kepala dan memandang ke tempat sujud (Baihaqi, Hakim) 2 )Jika diganggu syaitan hendaklah membaca ta'awwudz kemudian meludah ke sebelah kirinya sebanyak 3X (Muslim, Ahmad) 3 )Rasulullah pernah membukakan pintu untuk 'Aisyah padahal beliau sedang solat (Sahih An-Nasai 1151) 4 )Apabila seseorang diantara kalian solat menghadap sutrah kemudian ada orang hendak melanggarnya maka cegahlah semampunya sebanyak 2X,jika orang itu enggan maka bunuhlah dia kerana dia adalah syaitan (Bukhari dan Muslim) (Bunuh bukan bererti bunuh,ia hanya bermaksud melewati orang sedang solat merupakan Dosa Besar) Lebih baik menunggu 40 (tahun) daripada lewat di depan orang yang sedang solat (Bukhari dan Muslim)
RUKU'
1)Setelah membaca ayat Al-Quran, Rasulullah berhenti sejenak (Abu Daud,Hakim) lalu beliau,mengangkat tangan bertakbir dan ruku' (Bukhari dan Muslim) 2)Beliau meletakkan tangan pada lutut (Bukhari) 3)Meluruskan punggungnya (Baihaqi) Sehingga apabila air diletakkan di atas punggung beliau air tersebut tidak akan bergerak (Thabrani) 3)Beliau tidak mendongakkan atau menundukkan kepalanya (Abu Daud, Bukhari) tetapi tengah-tengah antaranya (Muslim) 4)Orang yang tidak menyempurnakan ruku'nya merupakan pencuri yang paling jahat, iaitu pencuri dalam solat (Ibn Abi Syaibah, Thabrani, Hakim) 5)Sesungguhnya tidak ada solat bagi orang yang tidak meluruskan punggungnya dalam ruku' dan sujud (Ahmad) 6)Dianjurkan melamakan ruku' (Bukhari dan Muslim) dan dilarang membaca Al-quran sewaktu Ruku' (Muslim) 7 )Subhanarab biyal 'Azim, Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung 3X (Ahmad, Abu Daud dll)
I'TIDAL
1)SamiAllahu liman Hamidah, Allah mendengar orang yang memujiNya (Bukhari dan Muslim) 2)Rabbana wa lakal Hamd, Wahai Rabb kami, dari segala puji adalah milik-Mu (Bukhari dan Muslim) 3)Rasulullah memerintahkan untuk meluruskan punggung, menegakkan kepala, sampai ruas tulang punggung kembali ke tempat semula (Bukhari dan Muslim) 4)Rasulullah bertakbir untuk sujud (Bukhari dan Muslim) 5)Terkadang beliau mengangkat tangan ketika hendak sujud (An- Nasai, Daruqutni dll)
SUJUD
1 )Rasulullah sujud di atas 7 anggota (Bukhari dan Muslim) [kening &hidung, kedua telapak tangan,kedua lutut, jari-jari kaki] 2)Rasulullah terkadang meletakkan tangannya sejajar dengan bahunya (Abu Daud, An- Nasai) 3)Rasulullah terkadang meletakkan tangannya sejajar dengan daun telinganya (Abu Daud, An-Nasai) 4)Rasulullah merapatkan jari- jarinya (Ibn Khuzaimah, Baihaqi) dan menghadapkannya ke arah kiblat (Baihaqi) 5)Beliau merapatkan kedua tumitnya (At-Thahawi, Ibn Khuzaimah) dan menegakkan telapak kakinya (Baihaqi) 6)Beliau mengangkat kedua lengannya dan menjauhkannya dari perutnya sampai kelihatan putih ketiaknya (Bukhari dan Muslim) (untuk solat bersendirian-pen) 7)Disunnahkan untuk memperbanyakkan do'a sewaktu sujud (Muslim) 8)Subhanarabbi yal 'ala, Maha Suci Rabb-ku yang Maha Tinggi 3X atau lebih (Ahmad,Abu Daud dll)
DUDUK ANTARA 2 SUJUD
1)Rasulullah menegakkan telapak kaki kanan (Bukhari) menghadapkan jari-jari kaki ke kiblat (An-Nasai) 2)Rasulullah duduk di atas telapak kakinya (Bukhari) 3)Kadang-kala beliau duduk Iq'a (Muslim) [duduk dengan menegakkan telapak dan kedua tumitnya] 4)Rabbighfirrli Warhamni Wajburrni Warfa'ni Wahdini Wa'afini Warzuqni, Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, lindungilah aku, angkatlah darjatku, tunjukilah aku, sihatkanlah aku, berilah aku rezeki (Abu Daud dll)
DUDUK ISTIRAHAT(Sebelum bangkit)
1)Sepertimana duduk di antara dua sujud kemudian bertumpu pada kedua tangan dengan menggenggam jari jemari ke tanah (ya'jim-pen).(An-Nihayah) [seperti menumbuk permukaan lantai untuk menyokong diri daripada naik berdiri] 2)Rasulullah melakukan a'jn dalam solatnya (Baihaqi, Abu Ishaq Al-Harbi) *Kesemu gerakan tadi diulang- ulang pada rakaat seterusnya.
TASYAHUD AWAL
1 )Beliau duduk iftirasy pada solat 2 rakaat (An-Nasai) [Posisi duduk iftirasy seperti mana duduk antara dua sujud,duduk di atas telapak kaki kiri dan menegakkan kaki kanan sambil jari kaki kanan menghadap ke kiblat] 2 )Demikian juga keadaan duduk untuk tasyahud awal pada solat 3 rakaat atau 4 rakaat (Bukhari, Abu Daud) 3)Beliau meletakkan telapak tangan kanan di atas paha kanan (Muslim) dalam riwayat lain lutut kanan 4)Beliau meletakkan telapak tangan kanan di atas paha kiri (Muslim) dalam riwayat lain lutut kiri 5)Beliau mengacukan telunjuknya ke kiblat (Muslim) 6)Beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya (Abu Daud) 7)Rasulullah mengarahkan pandangan mata ke telunjuk (Muslim)
CARA ROSUL MENGISYARATKAN JARI
1)Ibu jari memegang jari tengah (Muslim) 2)Ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan (Abu Daud, An-Nasai,Ibn Hibban dll) Nabi bangkit ke rakaat ketiga seraya mengucapkan takbir (Bukhari dan Muslim) dan beliau mengangkat kedua tangannya (Bukhari, Abu Daud) Saat bangkit ke rakaat ke empat beliau duduk istirehat kemudian bertumpu dan bertakbir (Bukhari, abu Daud) Kadang-kala Nabi bangkit ke rakaat ke empat dengan mengangkat kedua tangannya (Abu 'Awanah, An-Nasai)
TASYAHUD AKHIR
1)Rasulullah duduk secara tawarruk yakni punggung telapak kaki kiri menempel ke tanah, hujung kaki kiri dan kaki kanan berada pada satu sisi (Bukhari) danb menjadikan kaki kirinya berada di bawah paha dan betis kaki kanannya (Muslim) 2)Beliau menegakkan telapak kaki kanannya (Muslim) 3)Beliau kadang-kala mendatarkannya (Muslim) [telapak kaki kanannya-pen) Doa Tahiyyat Awal sama dengan bacaan Doa tahiyyat akhir dengan tambahan beberapa doa yang warid Rasulullah bacakan.
MEMBERI SALAM
1 )Rasulullah membaca doa perlindungan dari 4 hal sebelum salam (Muslim) 2)Sebelum salam dibolehkan untuk membaca do'a yang disukai (Bukhari dan Muslim)
4 CARA ROSUL MEMBERI SALAM
1)Rasulullah berpaling ke kanan sampai terlihat pipi kanan beliau yang putih (Muslim) Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh (Abu Daud, Ibn Khuzaimah) kemudian Rasulullah berpaling ke kiri sampai terlihat pipi kiri beliau yang putih (Muslim) Assalamua'laikum warahmatullah (Muslim) 2)Rasulullah berpaling ke kanan seraya mengucapkan Assalamua'laikum warahmatullah (Muslim) dan berpaling ke kiri seraya mengucapkan Assalamua'laikum warahmatullah (Muslim) 3)Rasulullah berpaling ke kanan seraya mengucapkan Assalamua'laikum warahmatullah (Ahmad, An-Nasai) dan berpaling ke kiri seraya mengucapkan Assalamua'laikum (Ahmad, An- Nasai) 4)Rasulullah menoleh sedikit ke kanan seraya mengucapkan Assalamua'laikum (Baihaqi, Ibn Khuzaimah dll)
*Tatacara solat yang diterangkan berlaku (sama)baik untuk lelaki mahupun perempuan kerana Rasulullah bersabda "Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat "(Bukhari dan Muslim)Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat
1)Rasulullah melarang menyelak lengan baju dalam solat (Bukhari dan Muslim) 2)Isbal [menurunkan pakaian melebihi mata kaki/buku lali] 3)Tumit tidak bersentuhan akibat telapak kaki tidak menghadap kiblat 4)Menjauhi sutrah/ terlalu jauh dari sutrah atau lebih teruk tidak menggunakan sutrah. 5)Kesalahan takbir apabila tangan tidak diangkat dengan sempurna atau tidak dihadapkan ke arah kiblat. 6)Bersedekap tidak mengikut sunnah yakni di dada tetapi di selainnya. 7)Pandangan mata melilau ke arah yang tidak sepatutnya. 8)Ruku' yang tidak sempurna apabila punggung tidak lurus atau meletakkan tangan pada betis atau tangan di lutut dirapatkan. 9)Tidak mengangkat tangan ketika turun untuk ruku' 10)Kesalahan waktu sujud- Jari tidak menghadap ke arah kiblat atau rapatnya perut dengan peha. Posisi tumit tidak dirapatkan atau tidak sujud dengan 7 anggota. Atau hanya jari yang bersentuhan dengan tanah tetapi mengangkat telapak tangan. Lengan dijatuhkan atau ditempelkan ke arah tanah sepert anjing. Menyelak rambut ketika sujud.Rasulullah melarang menyelak rambut dalam solat (Muslim) 11)Sujud setelah salam tanpa sebab mahupun bersebab tanapa pernah dicontohkan oleh Nabi. 12)Tidak Tuma'ninah (Meletakkan tulang pada tempatnya)-Sangat cepat. 13)Tidak menghalangi orang yang melewati sutrah 14)Membuka telapak tangan selepas salam ke kanan dan ke kiri.ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah (Muslim) 15)Mengusap muka setelah salam 16)Imam tidak meluruskan saf terlebih dahulu sebelum memulakan solat. 17)Kesalahan posisi makmum ketika satu orang yang salah yakni mundur sedikit ke belakang daripada imam. 18) Kesalahan posisi makmum ketika dua orang yakni kiri dan kanan belakang imam. 19)Makmum yang masbuk menunggu imam sehingga berdiri. 20)Makmum mendahului,bersamaan,atau terlambat jauh dari gerakan imam. Bila dilakukan dengan sengaja boleh membatalkan solat (Taudihu al-Ahkam) 21)Berlari-lari sewaktu mendatangi solat untuk mengejar perbuatan imam yang telah memulakan solat. "Jika kalian mendatangi solat,maka berjalanlah dengan tenang,apa-apa yang kamu dapati maka solatlah,dan apa yang terlewat olehmu maka sempurnakanlah." (Bukhari dan Muslim) Apa yang disertakan hanyalah ringkasan sifat solat nabi. Tidak saya nafikan ada perbahasan panjang dalam fekah terhadap sesetengah bab di atas yang melibatkan permasalahan status hadis dan ianya tidak disertakan dalam artikel ini. Cuma sahaja apa yang perlu para pembaca ketahui ialah setiap poin di atas dibincangkan panjang lebar oleh para imam muktabar. Hanya sahaja terpulang pada para pembaca untuk menilainya sendiri dalam mengamalkannya selagi mana ianya berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah seperti mana yang difahami oleh para salaf as-soleh. "Tepuk selera, tanya iman." Wallahu'allam.

<<BACK