pacman, rainbows, and roller s


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah- sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada- adakan,kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." [H.R. Abu Daud dan Tirmizi]
Keterangan: Hadis diatas mengandung pesan2 yg sgt berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya,terutama bila mereka berhadapan dgn zaman yg penuh dgn kekacauan dan perselisihan yaitu seperti zaman yg sdg kita hadapi sekarang ini.Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti petunjuk ajaran yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis,yaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa saja dgn mengerjakan sgl perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw.dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, yaitulah berpegang kepada kefahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut kefahaman ini saja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang beruntung mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara- perkara bid'ah dholalah, iaitu apa sja pengertian dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara- perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (yaitu bid'ah hasanah).
NB: gigitlah sunah- sunah itu dengan gigi geraham maksudnya: memegang teguh kuat-kuat kepada sunah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan sunah Khulafaur Rasyidin. Seolah menggitnya dengan gigi graham. Disini betapa Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat mewanti-wanti kita tuk memegang teguh sunah beliau.Jika kita perhatikan ayat-ayat yang mengisyaratkan untuk mentaati Allah subhanahu wata'ala selalu berdampingan dengan mentaati rasul-Nya. Lihat (Ali Imran [2 ] :32 ), (An Nisa [4 ] : 13 , 14 , 59 , 80 ), (Al Anfaal [8 ] : 24 , 46 ), (Al Maidah [5 ] : 92) Hal ini menunjukan betapa pentingnya memegang teguh sunah Rasulullah SAW serta menghidupakannnya. Begitu juga dengan sunah Khulafaur Rasyidin. Empat sahabat yang kita kenal sebagai empat khalifah pertama. Yang terkenal dengan kebagusan agamanya dan kecakapan dalam memimpin. Yaitu Abu Bakar As Shidiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib.

<<BACK