TUJUH GOLONGAN YG TDK DISOAL OLEH Malaikat Mungkar dan Nangkir
Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:
"Siapakah Tuhanmu?".
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi . Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada' yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas 'Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu 'Asr hari Jumaat.
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada' dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan..